Friday 25 November 2011

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran Sains Tahun 1





Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran
Pengenalan
Selepas mengajar murid Tahun 1 dengan tajuk “Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup” dalam rakaman mikropengajaran selama 5 minit, saya telah mengenal pasti bahawa kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki dalam pengajaran saya.


Kekuatan dalam Pembelajaran Mikropengajaran
Pertama, kekuatan dalam pengajaran saya ialah keberkesanan bahan bantu mengajar yang saya guna telah mempengaruhi minat murid-murid saya untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya bersikap aktif dan proaktif untuk menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dan efektif. Semasa menjalankan aktiviti set induksi, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik iaitu ikan yang berada dalam akuarium serta hiasan ikan untuk membuat perbandingan antara ikan-ikan tersebut. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, saya mampu mencungkil idea awal murid serta merangsang daya inkuiri murid-murid. Dengan ini, murid-murid telah menimbulkan rangsangan dan keinginan untuk mengetahui lebih mendalam dan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif. Ini menjadikan pengajaran saya menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, bahan bantu mengajar yang sesuai telah membantu saya memberi rangsangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan. Dengan demikian, bahan bantu mengajar yang saya pilih dan guna telah membantu saya melancarkan pengajaran dan meningkatkan kejayaan pengajaran saya. Keadaan ini juga meningkatkan keyakinan diri sendiri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Kedua, selain daripada alat bantu mengajar, komunikasi dua hala yang diwujudkan dalam aktiviti set induksi juga merupakan salah satu kekuatan yang ada dalam pengajaran ini. Komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran ini bukan hanya berpusatkan guru sahaja. Manakala, interaksi dan komunikasi dua hala antara guru dengan murid telah diwujudkan. Dengan ini, saya membolehkan murid-murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid-murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Kelemahan dalam Pembelajaran Mikropengajaran       
Kelemahan dalam pengajaran saya ialah cara menjawab soalan apabila dikemukakan soalan lisan. Semasa saya mengemukakan soalan-soalan lisan kepada murid-murid, murid-murid menjawab soalan secara aktif tetapi tidak mengikut urutan dengan cara mengangkat tangan. Akibatnya, kelas menjadi bising. Sebahagian jawapan daripada murid tidak dapat didengar dengan teliti. Keadaan ini perlu dielakkan kerana ini bukan sahaja mempengaruhi murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya semasa mendengar jawapan kawan lain bahkan juga tidak dapat menerima jawapan yang munasabah daripada kawan lain.


Analisis Masalah
Oleh demikian, saya berhujah dengan diri sendiri mencari kelemahan yang ada pada diri sendiri yang mengakibatkan kelemahan tersebut berlaku. Saya perlu membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahan ini serta berusaha mendapatkan jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan rakan sejawat demi mengatasi masalah tersebut dan juga mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.


Cadangan
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, cadangan yang telah dikemukakan ialah sebelum murid-murid bersoal jawab terhadap soalan-soalan yang saya kemukakan, saya perlu mengenal pasti murid-murid adalah di dalam keadaan yang terkawal. Saya perlu menggalakkan murid-murid mengangkat tangan sebelum saya memanggil mereka menjawab. Mereka juga perlu mendengar jawapan kawan lain dengan teliti sebelum mereka menjawab. Mereka tidak dibenarkan bercakap semasa kawan lain sedang membuat respon terhadap soalan yang saya kemukakan. 


Tindakan Susulan
Persoalannya, bagaimanakah saya dapat memperbaiki pengajaran saya dalam kawalan kelas semasa menjawab soalan? Pada pendapat saya, murid-murid aktif semasa menjawab soalan-soalan lisan adalah respon yang positif pada murid diri sendiri. Ini telah menunjukkan mereka adalah berminat dalam pembelajaran ini. Manakala, murid-murid perlu mengamalkan sikap berdisiplin terutamanya dalam aktiviti soal jawab. Sebagai seorang pendidik, saya perlu memupuk sikap berdisiplin di kalangan murid supaya keadaan tersebut tidak dilakukan lagi. Malahan, saya juga perlu memberi peneguhan kepada murid-murid yang menjawab soalan lisan agar meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran.


No comments:

Post a Comment