Saturday 26 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 1

Mata Pelajaran            : Sains
Kelas                           : Darjah 1
Bilangan murid            : 8 orang
Tarikh                          : 10/10/2011 (Isnin)
Masa                           : 8.00pagi—8.30pagi
Tema                           : Sains Hayat
Tajuk                           : Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup



Ringkasan
Di dalam tajuk ini, murid mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu perlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.

Kandungan Standard
Sains Hayat
1.1  Memahami ciri benda hidup dan benda bukan hidup

Standard pembelajaran
1.1.2 Mengenal pasti ciri-ciri benda hidup iaitu : perlukan air dan makanan,
         bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK, penulisan atau lisan

Sumber
1.    Hiasan ikan
2.    Ikan dan akuarium
3.    Kad gambar
4.    Kad perkataan
5.    Lembaran Kerja 1- Penilaian
6.    Lembaran Kerja 2- Pemulihan
7.    Lembaran Kerja 3 - Pengayaan

Pengisian Kurikulum
1.    Ilmu: Pendidikan Moral
      2.   Nilai: Kasih sayang, sayang akan benda hidup, berdisiplin
3.    KBT: Kemahiran memerhati, mencirikan, membandingkan dan 
         membezakan
           



Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan
Set Induksi (5 minit)
1.    Guru menunjukkan ikan yang berada dalam akuarium dan hiasan ikan.
2.    Murid memerhati pada kedua-dua ikan.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid:-
a)    Apakah perbezaan di antara kedua-dua ikan tersebut?
b)    Mengapakah ikan hiasan tidak dapat bergerak sendiri?

4.    Guru memberi respon pada jawapan murid.

Nilai: Kasih Sayang

KBT:
Kemahiran memerhati

ABM:
Hiasan ikan, ikan dan akuarium
Langkah 1 (10 minit)
1.    Guru menunjukkan kad perkataan ciri-ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
2.    Guru meminta murid menyebut perkataan tersebut.
3.    Guru menerangkan ciri-ciri benda hidup iaitu memerlukan air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.
4.    Guru membimbing murid mengikut kad gambar untuk menyatakan ciri-ciri benda hidup iaitu air dan makanan, bernafas, bergerak, membesar dan membiak.

Nilai:
Sayang akan benda hidup

KBT:
Kemahiran mencirikan

ABM:
kad perkataan, kad gambar

Langkah 2 (10 minit)
1.    Murid menjalankan aktiviti secara individu.
2.    Murid memadankan kad gambar dan kad perkataan yang telah disediakan.
3.    Guru membimbing murid yang lemah.
4.    Guru meminta murid membaca secara individu perkataan tersebut berdasarkan gambar.
5.    Guru membimbing murid menulis perkataan ciri-ciri benda hidup.
6.    Guru memberi peneguhan kepada murid-murid.

Nilai: Berdisiplin

KBT:
Kemahiran membandingkan dan membezakan

ABM:
Kad perkataan, kad gambar
Penutup (5 minit)
1.    Guru membimbing murid untuk membuat rumusan.
2.    Guru menyedarkan lembaran kerja kepada murid-murid untuk membuat penilaian.








Lembaran kerja 1

Aktiviti Pemulihan
1.    Guru membimbing murid untuk menguasai  perkataan ciri-ciri benda hidup.
2.    Murid menyiapkan lembaran kerja 2.







Lembaran kerja 2
Aktiviti Pengayaan
1.    Murid menyiapkan lembaran kerja 3.





Lembaran kerja 3

No comments:

Post a Comment