Friday, 25 November 2011

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran Sains Tahun 1





Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran
Pengenalan
Selepas mengajar murid Tahun 1 dengan tajuk “Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup” dalam rakaman mikropengajaran selama 5 minit, saya telah mengenal pasti bahawa kekuatan dan kelemahan yang boleh diperbaiki dalam pengajaran saya.


Kekuatan dalam Pembelajaran Mikropengajaran
Pertama, kekuatan dalam pengajaran saya ialah keberkesanan bahan bantu mengajar yang saya guna telah mempengaruhi minat murid-murid saya untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya bersikap aktif dan proaktif untuk menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dan efektif. Semasa menjalankan aktiviti set induksi, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik iaitu ikan yang berada dalam akuarium serta hiasan ikan untuk membuat perbandingan antara ikan-ikan tersebut. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, saya mampu mencungkil idea awal murid serta merangsang daya inkuiri murid-murid. Dengan ini, murid-murid telah menimbulkan rangsangan dan keinginan untuk mengetahui lebih mendalam dan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif. Ini menjadikan pengajaran saya menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, bahan bantu mengajar yang sesuai telah membantu saya memberi rangsangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan. Dengan demikian, bahan bantu mengajar yang saya pilih dan guna telah membantu saya melancarkan pengajaran dan meningkatkan kejayaan pengajaran saya. Keadaan ini juga meningkatkan keyakinan diri sendiri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Kedua, selain daripada alat bantu mengajar, komunikasi dua hala yang diwujudkan dalam aktiviti set induksi juga merupakan salah satu kekuatan yang ada dalam pengajaran ini. Komunikasi dalam pembelajaran dan pengajaran ini bukan hanya berpusatkan guru sahaja. Manakala, interaksi dan komunikasi dua hala antara guru dengan murid telah diwujudkan. Dengan ini, saya membolehkan murid-murid belajar dalam keadaan yang aktif dan membawa murid-murid kepada pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


Kelemahan dalam Pembelajaran Mikropengajaran       
Kelemahan dalam pengajaran saya ialah cara menjawab soalan apabila dikemukakan soalan lisan. Semasa saya mengemukakan soalan-soalan lisan kepada murid-murid, murid-murid menjawab soalan secara aktif tetapi tidak mengikut urutan dengan cara mengangkat tangan. Akibatnya, kelas menjadi bising. Sebahagian jawapan daripada murid tidak dapat didengar dengan teliti. Keadaan ini perlu dielakkan kerana ini bukan sahaja mempengaruhi murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian dengan sepenuhnya semasa mendengar jawapan kawan lain bahkan juga tidak dapat menerima jawapan yang munasabah daripada kawan lain.


Analisis Masalah
Oleh demikian, saya berhujah dengan diri sendiri mencari kelemahan yang ada pada diri sendiri yang mengakibatkan kelemahan tersebut berlaku. Saya perlu membuat pengubahsuaian atau membaiki kelemahan ini serta berusaha mendapatkan jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan rakan sejawat demi mengatasi masalah tersebut dan juga mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.


Cadangan
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, cadangan yang telah dikemukakan ialah sebelum murid-murid bersoal jawab terhadap soalan-soalan yang saya kemukakan, saya perlu mengenal pasti murid-murid adalah di dalam keadaan yang terkawal. Saya perlu menggalakkan murid-murid mengangkat tangan sebelum saya memanggil mereka menjawab. Mereka juga perlu mendengar jawapan kawan lain dengan teliti sebelum mereka menjawab. Mereka tidak dibenarkan bercakap semasa kawan lain sedang membuat respon terhadap soalan yang saya kemukakan. 


Tindakan Susulan
Persoalannya, bagaimanakah saya dapat memperbaiki pengajaran saya dalam kawalan kelas semasa menjawab soalan? Pada pendapat saya, murid-murid aktif semasa menjawab soalan-soalan lisan adalah respon yang positif pada murid diri sendiri. Ini telah menunjukkan mereka adalah berminat dalam pembelajaran ini. Manakala, murid-murid perlu mengamalkan sikap berdisiplin terutamanya dalam aktiviti soal jawab. Sebagai seorang pendidik, saya perlu memupuk sikap berdisiplin di kalangan murid supaya keadaan tersebut tidak dilakukan lagi. Malahan, saya juga perlu memberi peneguhan kepada murid-murid yang menjawab soalan lisan agar meningkatkan keyakinan mereka dalam pembelajaran.


Rancangan Pengajaran Harian BM Tahun 1

Rancangan Pengajaran Harian BM Tahun 1


Tema: Kekeluarga
Tajuk: Kebun Datuk Saya
Tarikh:17/10/2011 (Isnin)
Masa: 10.20pagi—11.20pagi
Kelas: Darjah 1 Bestari
Bilangan murid: 8 orang
Fokus Utama
Standard Kandungan  
      1.1 Menyebut dan memahami unsure seni dalam lagu melalui nyayian secara didik hibur.

Standard Pembelajaran
          4.4.1     Menyebut seni kata lagu melalui nyayian secara didik hibur.
Fokus Sampingan
Standard Kandungan
1.5  Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunkan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran
1.5.1     Bercerita tentang sesuatu perkara  dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat tunggal.

Objektif
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.              Menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui nyayian secara didik hibur.
ii.            Menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar.
Pengisian Kurikulum
i.              Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai:Kasih Sayang, keberanian.
                KBT:Verbal linguistic, visual ruang, kinestetik
Sistem Bahasa
Tatabahasa: Kata Nama Am
Media
Seni kata lagu, gambar tunggal, kad perkataan dan lampiran.

Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan
Langkah 1
1.    Guru menamparkan gambar tunggal pada papan tulis.
2.    Muird diminta menamakan haiwan-haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut dan membincangkan tentang haiwan tersebut.

---bunyi haiwan

Nilai:
Kasih Sayang

Teknik Soal Jawab

Teknik nyanyian


Lampiran 1
-Gambar tunggal
(Carta gambar)

Langkah 2
1.    Guru mempamerkan seni kata lagu “ Datuk Saya Ada Kebun” dan membimbing murid membaca dan menyebut seni kata lagu tersebut.
2.    Murid dibimbing oleh guru untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan asik yang sesuai.
3.    Murid menyanyikan lagu tersebut secara berkumpulan dan kelas.
4.    Guru dan murid menyanyi beramai-ramai sambil melakukan asik yang sesuai.




Lampiran 2
Seni Kata Lagu
“Datuk Saya Ada Kebun”.
Langkah 3
1.    Sediakan 5 keping kad perkataan. (Ayam, Itik, Kambing, Burung, Kucing)
2.    Pilih 5 orang murid secara rawak.Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar yang sesuai pada Lampiran 1.
3.    Kemudian murid diminta menyebut nama-nama haiwan dengan sebutan yang betul.

KBT:
Kontekstual

Nilai:
Keberanian

Lampiran 3
-kad perkataan

Lampiran 1
-Kad gambar
Pemulihan
1.    Murid diminta menyanyikan semula lagu : Datuk Saya Ada Kebun”



Lampiran 2
-Seni Kata Lagu
“Datuk Saya Ada Kebun”
Pengayaan
1.    Guru memilih beberapa orang murid untuk berceritakan berdasarkan gambar tunggal yang dipamerkan.


Lampiran 1
-Gambar tunggal
(Carta gambar)



ABM Bahasa Melayu Tahun 1

ABM Bahasa Melayu Tahun 1

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN BM TAHUN 1

REFLEKSI MAKROPENGAJARAN BM TAHUN 1
PENGENALAN
Selepas mengajar murid Tahun 1 Bestari dengan tema “Kekeluarga”, saya telah mengenal pasti bahawa dua perkara yang baik dan dua perkata yang boleh dibaiki dalam pengajaran saya. 
PERKARA YANG BAIK
Pertama, perkara yang baik dalam pengajaran saya ialah saya mendapati bahawa teknik nyanyian yang digunakan dalam pengajaran adalah suatu teknik yang berkesan. Murid-murid dapat menyebut seni kata lagu dengan sebutan yang betul dan jelas melalui nyanyian. Ini bukan sahaja merupakan suatu didik hibur, bahkan juga murid-murid suka akan teknik ini sambil belajar. Melalui teknik nyanyian, murid-murid dapat memahami isi kandungan daripada lagu “Datuk Saya Ada Kebun”. Mereka melibatkan diri dalam aktiviti menyanyi secara aktif. Dengan demikian, teknik ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk menikmati, mencetus dan memperkembang minat dan bakat dalam teknik nyanyian sama juga memahami isi kandungan lagu tersebut pada masa yang sama. Selain itu, teknik nyanyian dalam pengajaran merupakan sesuatu penyampaian dengan cara menggabungjalinkan aktiviti nyanyian dan pergerakan. Semasa menjalankan pengajaran saya dengan teknik nyanyian, murid-murid dapat mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan, sikap positif dan ingin mencuba. Keadaan ini telah menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan dapat dicapai.
Kedua, perkara yang baik dalam pengajaran saya ialah keberkesanan bahan bantu mengajar yang saya guna telah mempengaruhi minat murid-murid saya untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Saya bersikap aktif dan proaktif untuk menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dan efektif. Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran, saya telah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik iaitu media cetak dan media elektronik. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, saya mampu mencungkil idea awal murid serta merangsang daya inkuiri murid. Dengan ini, murid-murid telah menimbulkan rangsangan dan keinginan untuk mengetahui lebih mendalam dan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif. Ini menjadikan pengajaran saya menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, bahan bantu mengajar yang sesuai telah membantu saya memberi rangsangan dan motivasi kepada murid-murid untuk terus mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokkan. Dengan demikian, bahan bantu mengajar yang saya pilih dan guna telah membantu saya melancarkan pengajaran dan meningkatkan kejayaan pengajaran saya. Keadaan ini juga meningkatkan keyakinan diri sendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

PERKARA YANG BOLEH BAIKI
Selain daripada perkara yang baik dalam pengajaran, terdapat juga dua perkara yang boleh dibaiki dalam pengajaran saya.
Masalah pertama yang dihadapi
Semasa saya membuat penerangan tentang topik yang berkenaan, saya mendapati beberapa orang murid-murid yang duduk di bahagian belakang kelas telah membuat bising. Keadaan ini mengakibatkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan murid-murid ini di dalam kelas telah mengganggu pengajaran sehingga mereka tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya ingin membawa perubahan dalam keadaan kelas ini. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kebisingan yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran perlu dielakkan. Ini kerana murid-murid yang membuat bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar bahkan juga murid-murid lain juga terpengaruh dan berlakunya tidak adil kepada mereka. 
Analisis Masalah
Oleh demikian, saya terpaksa menyiasat punca-punca masalah kebisingan daripada sebilangan kecil murid-murid yang duduk di belakang kelas sama ada membuat bising, bermain atau bercakap. Beberapa soalan muncul dalam minda saya iaitu adakah kebisingan murid-murid ini satu tanda kebosanan terhadap penerangan saya? Adakah kebisingan kelas sesuatu yang buruk? Adakah kebisingan menandakan murid-murid sudah hilang minat belajar?
Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan ialah melalui temu bual dan soal selidik serta pemerhatian. Beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan iaitu murid-murid berkenaan adalah dari kumpulan lemah. Mereka tidak memahami apa yang disampaikan dalam pengajaran saya dan mengakibatkan mereka kurang berminat dalam pembelajaran mereka.


Cadangan
Untuk mengelakkan murid-murid tersebut membuat bising lagi, saya ingin mencadangkan langkah-langkah termasuk menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka diberikan latihan-latihan yang lebih mudah berbeza dengan murid-murid lain. Selain itu, saya boleh cuba menyusunkan semula kedudukan murid-murid di dalam kelas dengan membahagikan mereka kepada empat kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza. Dengan demikian, saya dapat memberi perhatian yang lebih kepada kumpulan ini dengan selalu berdamping dan memberi bimbingan secara berterusan. Saya juga akan memberi motivasi dengan memberi pujian dan penghargaan bagi setiap usaha atau aktiviti yang berjaya dilakukan oleh mereka.
Tindakan Susulan
Persoalannya, bagaimanakah saya dapat menggunakan pengajaran saya untuk menambah baik pembelajaran murid di dalam kelas? Pada pendapat saya, saya ingin menjadi seorang guru asertif kerana guru asertif dapat mewujudkan iklim kelas yang positif, penyayang dan produktif. Iklim ini akan dapat menghasilkan pembelajaran yang maksimum.
Dengan cara menyusun semula kedudukan murid-murid, saya mendapati semangat berkumpulan telah diamalkan dengan adanya kerjasama dan tolong menolong sesame ahli kumpulan. Kumpulan murid yang suka membuat bising telah menunjukkan minat untuk menyiapkan tugasan yang diberi kerana mereka bukan sahaja mendapat tugasan yang selaras dengan kebolehan mereka bahkan juga berada dalam suasana penyayang dan positif. Tumpuan dan bimbingan guru yang prihatin dan berterusan dapat membantu murid-murid menjadi lebih yakin untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan. Keadaan kelas yang dapat dikawal ini sama juga dapat meningkatkan minat murid untuk belajar.

Masalah kedua yang dihadapi
Oleh kerana murid-murid membuat bising semasa saya memberi penerangan mengenai topik yang berkenaan, saya terpaksa berhenti mengajar kerana perbuatan mereka telah mengganggu saya mengajar. Keadaan ini telah mengakibatkan saya terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini mengakibatkan saya tidak dapat menghabiskan soalan-soalan yang ingin sampaikan kepada murid.
Analisis Masalah
Oleh demikian, saya berhujah dengan diri sendiri mencari segala kelemahan yang ada pada diri yang mengakibatkan perkara tersebut berlaku, mencungkil kelemahan pada diri murid, membongkar segala kelemahan pada teknik pengajaran dan berusaha mendapatkan jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan rakan sejawatan dan buku-buku rujukan.
Cadangan
Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah ini, saya telah mengadakan perbincangan serta kolaborasi dengan rakan sejawatan. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji maklumat–maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.
Tindakan Susulan
Saya memang seorang guru yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran supaya dapat melahirkan insan yang berjaya pada masa depan.